Saturday, June 27, 2009

buku itu... tercatat segalanya... (Part 4 & Final)

“Tif, kau dah baca novel yang terbaru itu?”

“Buku yang bertajuk “When two people meet”. Wow, best habis cerita itu!”

Perbualan antara dua remaja memikat perhatian Vilra ketika dia sedang menikmati makanan tengahharinya.

Fikirannya melayang menghinggap ke atas sahabat karibnya. Ketika di bangku sekolah, Merelynn memang suka membaca buku tak kira buku jenis apa pun. Walaupun peperiksaan semester dah nak hampir, dia masih juga sempat membaca buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan. Sampai ada rakan yang mengelar dia gila buku.

Ada setengah jam lagi sebelum tiba waktu masuk pejabat. Vilra mengambil kesempatan ini pergi ke kedai buku untuk mencari buku yang disebut oleh dua remaja tadi.

“Erm, miss… Tumpang tanya kejap, buku bertajuk “When two people meet” ada dijual disini tak?” Vilra terpaksa bertanya setelah buku yang hendak dicari itu tidak kelihatan di rak-rak bahagian buku Inggeris.

“Sorry,cik. Buku itu dah habis dijual tadi. Minggu depan baru ada stok baru ada sampai.”

Syok sangat ke cerita itu? Vilra bertanya kepada dirinya sendiri. Selepas tidak mendapat apa yang dicari, Vilra rasa lebih baik pulang ke pejabatnya. Kerjanya masih lagi bertimbun di atas mejanya. Syarikatnya sedang berkembang maju maka terpaksa Vilra turut menggandakan usahanya.

Tok! Tok! Tok! Ketukan pada pintu pejabat Vilra mematikan lamunannya yang entah melayang ke mana. Dengan segera dia menyurh orang yang mengetuk pintu itu masuk.

“Hey, janganlah terlampau asyik berkerja. Kadang-kala ambillah cuti, rehatkan diri kau tu. Karang jatuh sakit, siapa susah? Saya juga bah.” Pemuda itu mempamirkan senyuman manis pada wajahnya.

Vilra kenal benar dengan pemuda itu. Pertemuan Vilra dan pemuda itu di atas kapal telah menjadikan mereka sahabat. Vilra tahu yang dia telah lama menyukai Vilra cuma Vilra masih belum lagi ingin memikirkan pasal soal percintaan buat masa kini.

“Ai, takkan pasal itu kau datang ke sini? Nak saya dengar ceramah panjang.” Vilra tahu tentu ada sebab yang menyebabkan pemuda di depannya ini datang menemuinya.

“Tak. Tadi jalan di bookshop, teringat yang kau suka membaca. So this is for you.” Pemuda itu menghulurkan sebuah buku kepada Vilra.

Vilra mengambil buku itu dan membaca tajuknya “ When two people meet”. Mata Vilra terus merenung tajam ke arah pemuda itu.

“Lah, tak yah la pandang saya macam ini. Malu saya tau...hehe”

“Yalah, kau tu macam tahu-tahu jer…” Vilra senyum kecil.

“See the writer name’s first.”

“Why?”

“Your friend, I guess…”

“Friend?” Vilra berasa hairan. Dibacanya nama penulisnya. Bancang! Iya, itu memang rakannya.

Sejak hari itu, Vilra cuba menghubungi Bancang tetapi tidak berjaya. Cerita itu memang best gila, touching betul. Nampaknya Bancang berjaya menyiapkan cerita walaupun dalam bahasa Inggeris. Sesungguh ada sedikit tokoh tambah namun inilah yang menjadikan cerita itu tambah menarik.

Lain yang Vilra cari, lain yang Vilra temui. Semasa dia menghabiskan masanya di pantai, Vilra telah bertemu dengan Bibi. Bibi telah menjadi seorang guru dan mengajar di salah sebuah sekolah menengah.

“This is your son ke? How old now?” Terkejut Vilra apabila mendapat tahu Bibi telah mempunyai seorang cahaya mata.

“Dah nak masuk tiga tahun. Kau sekarang macam mana?” Bibi melabuhkan punggungnya di kerusi dan membiarkan anak kecilnya bermain di taman permainan.

“Okey je. Bila kahwin? Tak invite I pun.” Vilra mengusik Bibi.

“Dah dekat tempat tahun. You still single?”

“Yep. Husband kau?”

“Outstation.”

“Siapa nama dia? Cute betul dia.” Vilra memandang ke arah anak kecil Bibi yang tengah bermain itu.

“Joshua. Joshua Bancang.”

“Bancang! Dia husband kau?!” Terkejut besar Vilra apabila mengetahui Bancang ialah suami Bibi.

“Kenapa terkejut besar? Tak percaya ke?” Bibi ketawa kecil apabila melihat reaksi Vilra .
Setelah berbual agak panjang, barulah Vilra tahu yang Bibi tahu tentang kepergian sahabat karib mereka apabila bertemu dengan Stella secara dengan tidak sengaja dan pertemuan Bancang dan Bibi pula adalah di pantai ini juga. Ketika itu, Bancang sedang menulis ceritanya.

Mereka menyaksikan matahari terbenam bersama. Joshua kelihatan bertambah comel dan ceria apabila dipancar warna matahari terbenam. Jika Merelynn nampak, tentu habis dicubit-cubit and dicium-cium pipi Joshua. Dia memang suka dengan budak-budak. Antara mereka bertiga, dialah yang paling sabar dengan telatah kanak-kanak.

Memandangkan adik Bibi, Hendry ialah seorang arkitek, Vilra mencadangkaan agar mereka mendirikan rumah yang selama ini diingin oleh Merelynn. Bibi bersetuju dengan pendapat Vilra dan bercadang akan memberitahu Hendry tentang perkara ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Vilra akhirnya bertemu jodoh dengan Hendry apabila telah lama membujang. Bibit-bibit percintaan mula timbul apabila Vilra dan Hendry berusaha menunaikan impian Merelynn yang kedua. Mungkin ini restu daripada Merelynn, maka mereka pun bertemu jodoh. Bibi pula selalu menggunakan sebab ini untuk mengusik sahabatnya yang sekaligus menjadi adik iparnya.

Di rumah yang dinamakan Lovely House, iaitu rumah yang ingin dibina oleh Merelynn, berhimpunnya semua orang yang disayangi oleh Merelynn iaitu Vilra, Bibi, dan Bancang. Ketika itu, mereka tengah menyambut bayi yang baru genap sebulan usianya dan nama bayi itu dinamakan sempena dengan nama sahabat karib mereka. Ini juga adalah untuk memperingati mereka bahawa Merelynn senantiasa wujud di hati mereka walaupun jasadnya telah tiada.
~The end~

No comments:

Post a Comment