Wednesday, June 24, 2009

buku itu... tercatat segalanya... (Part 1)

“Hacui!!!” Kedengaran suara orang bersin memecahkan keheningan rumah yang terpacak indah. Telah lima tahun rumah ini ditinggalkan oleh tuan rumah tanpa dipedulikan. Kelihatan rumput-rumput panjang di halaman rumah menunjukkan taringnya dan kelihatan semak. Walaupun ada meyuruh orang membersihkannya setahun sekali tetepi kini keindahan rumah itu telah ditutupi dengan kehadiran sang rumput.

Pancaran matahari menebusi kawasan ruang tamu apabila langsir-langsir rumah diselak. Kelihatan banyak habuk-habuk seni berterbangan di bawah sinaran matahari. Vilra melangkah menaik ke tingkat atas, di situ dia akan mengemaskan barang-barangnya yang ditinggalkan selama lima tahun ini.

Setelah membuka tingkap biliknya bagi memudahkan pengairan udara, Vilra mula mengemas. Segala barang yang dirasanya berguna nanti di rumah baru dimasukkan ke dalam kotak dan dibungkuskan. Keesokan harinya, lori akan memungut kotak-kotak itu dan membawa ke rumah barunya. Maka, lusanya secara rasminya dan sahnya, rumah ini akan berpindah milik.

Tengah sibuk mengemas, Vilra teringat yang laci meja tulisnya meyimpan pelbagai buku. Setelah membelek-belek kesemua buku itu, rupanya hanya beberapa buku fiksyen, buku cerita dan novel. Tapi… Vilra menoleh sekali lagi kerana ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Iya, itu dia! Sebuah buku yang dihiasi dengan cantiknya dan bertajuk ‘ Cinta Musim Krismas’.

Cerita apa ni? Cinta Musim Krismas?! Macam pernah dengar tapi di mana ya… Vilra bercakap dengan diri sendiri sambil membelek-belek buku tersebut. Tanpa memikir panjang, Vilra meletakkan buku itu berasingan dengan buku yang lain.


Setelah hampir jam menunjukkan tujuh malam, barulah Vilra berhenti berkemas. Perutnya berkeroncong meminta diisi. Kotak-kotak yang telah siap dibungkus diangkatnya ke ruang tamu satu per satu. Sebelum mengunci pintu, Vilra terasa tangannya kosong. Rupa-rupanya, buku itu tertinggal di dalam. Setelah mengambil buku tersebut, barulah Vilra menghidupkan enjin keretanya dan menuju ke gerai makan yang berhampiran untuk mengisi perutnya yang telah lama menyanyi.

Setiba di rumah, Vilra terus membersihkan badannya. Selepas itu, Vilra berehat di ruang tamu untuk merehatkan otot-ototnya yang telah lesu keletihan sambil menonton televisyen. Seketika kemudian barulah Vilra teringat buku yang dibawa pulang tadi. Apabila telah mendapatkan buku itu, Vilra segera membaca segala butiran yang terdapat pada buku itu. Tiap patah perkataan dan ayat dibaca dengan teliti, entah mengapa dia langsung tiada gambaran tentang cerita itu.


Vilra mengambil masa selama dua jam setengaah untuk menghabiskan cerita itu. Buku itu menceritakan kisah remaja dalam menghadapi dunia percintaan mereka. Penamatnya, watak utama lelaki meninggal dunia akhirnya setelah perhubungan mereka direstui oleh kedua-dua pihak keluarga. Ceritanya sungguh menyentuh perasaan, kalau diterbitkan tentu mendapat sambutan hangat daripada pembaca tetapi nama penulis tidak terdapat pada buku itu. Vilra cuba sekali lagi mencari dan pada helaian terakhir buku itu terdapat tandatangan dengan perkataan sakura.


Sakura! Itukan tandatangan ssahabat karibnya. Iya,tak silap lagi, Vilra pasti. Mereka telah lama putus hubungan sejak Vilra melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Bagaimanakah keadaannya sekarang? Itulah pertanyaan yang pertama sekali timbul di kaca mindanya. Nombor telefonnya… Iya, terdapat di bawah tandatanganya. Semacam akan tahu bahawa Vilra akan melupakan nombor telefon tersebut.


Tak bertukar ke nombor telefon dia ni? Dah lima tahun ni… Walaupun ragu, tangan Vilra masih pantas mendial nombor tersebut.


“Hello. Cari siapa ni?” suara gadis kedengaran tetapi bukan sahabat karibnya.


“Em… ada Merelynn? Saya ni kawan dia. Siapa ni?”


Soalan berbalas soalan pula terjadi. Tetapi ketika menyebut nama Merelynn, nada gadis itu kedengaran seperti terkejut. Kenapa ya? Vilra rasa ada sesuatu yang telah beraku dalam tempoh kepergiannya ke luar negara.


“Ini kawan dia, Vilra. Kau pula siapa ni?”


“Saya adik dia, Stella. Vilra, kau…” gadis tersebut seperti cuba mengingati sesuatu. “Iya, Vilra, kawan dia yang putih-putih itu,kan?” dan kali ini, gadis itu seakan-akan gembira menerima panggilan dari Vilra.


“Merelynn ada?” Vilra terus ke tujuan utamanya.

“Dia…” sebentar kemudiannya, tiada suara kedengaran dari Stella.


“Kenapa? Dia tiada ke?” Vilra semakin rasa tidak sedap hati.


Setelah hampir setengah jam bercakap, barulah gagang telefon diletakkan. Tanpa disedari, ada benda hangat yang sedang membasahi pipi Vilra. Butiran mutiara yang ditahan oleh Vilra saat mendengar khabar sahabatnya akhirnya jatuh berderai.


“Merelynn,dia… dia telah meninggal dunia, lebih kurang tiga tahun yang lalu. Sebab barah otak.” Suara sayu jelas kedengaran saat gadis itu menyebut perkataan meninggal.

Tak sangka! Benar-benar tak sangka! Dia telah pergi. Pergi dengan membawa kenangan pahit yang terpahat jauh di sudut lubuk hatinya sendri. Saat- saat begitu, Vilra rasa dia sepatutnya berada disisinya menemaninya tetepi dia tiada.


“Kami family tahu pun apabila she have one month to live. Dia rahsiakan segalanya dari kami. Dalam sebulan itu, seminggu dia menghilangkan diri tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Seminggu kemudian, dia muncul kembali and acts like nothing happen to herself. Selebihnya tiga minggu, family lebih banyak meluangkan masa banyak dia pergi berjalan-jalan. Malam sebelum kepergian dia, dia ada serahkan tiga pucuk surat dan sebuah hadiah kepada saya. Dia pesan mesti serahkan pada kamorang sendiri. So, bila ada masa datanglah ambik.” Masih kedengaran perbualan tadi di cuping telinga Vilra.


Surat. Jadi, ada yang dia nak beritahu saya. Fikiran Vilra masih tertumpu kepada sabahat karibnya. Vilra benar- benar terkejut dengan berita yang baru diterimanya tadi. Rasanya, paling awal pun, dia dapat bertemu dengan adik sahabat karibnya ialah minggu depan.


Menyesal juga Vilra menukar nombor telefonnya dan kesilapan yang Vilra buat ialah tidak memberitahu nombor telefonnya telah ditukar. Selepas itu, vilra terus ke luar negara melanjutkan pelajarannya. Sekali pergi, empat tahun lamanya dan apabila balik, dia tidak sempat menghubungi sahabat karibnya kerana sibuk berkerja.


Vilra menanam tekad ketika itu juga, jika sahabat karibnya masih mempunyai impian yang belum tercapai, dia akan sedaya upaya untuk menunaikannya.

~to be continue~

No comments:

Post a Comment