Rumah yang ditinggal oleh sahabat karibnya sekeluarga masih di tempat yang sama. Kehidupan di bandar yang penuh mencabar memang menduga hati penduduknya. Suara kanak-kanak memenuhi kawasan perumahan itu ketika Vilra tiba.
Turun dari keretanya, Vilra segera menuju ke rumah sahabat karibnya. Vilra disambut oleh adik kelima Merelynn. Lesung pipit yang dimilikinya mampu menabat hati sesiapa sahaja dan bertambah menawan dengan kulitnya yang putih.
Stella telah keluar pergi membeli sedikit barang keperluan apabila Vilra tiba. Stella hanya pulang apabila jam menunjukkan angka dua. Dia tersenyum keriangan apabila ternampak Vilra.
“Dah lama tunggu? Sorry, tadi terserempak dengan kawan so terlewat sikit.” Stella masuk sambil memegang dua plastic yang dipenuhi dengan pelbagai barang dan meletakkan di dapur.
“Taklah.” Vilra hana tersenyum walaupun telah lebih sejam menunggu.
“Erm…. Kejap ye..” stella masuk ke dalam biliknya dan keluar sambil memegang tiga pucuk surat di tangannya. “Ini surat yang dia bagi untuk kau.”
Sampul surat sakura akhirnya sampai jua ke tangan Vilra. Rasanya tidak sabar Vilra hendak membaca surat tersebut. Tetapi sebelum itu, masih ada persoalan yang harus dijawab terlebih dahulu.
“ Stella, kau kata ada tiga pucuk surat. Saya tahulah saya dan Bibi seorang satu tapi yang satu lagi tu…”
“Untuk Bancang” jawab Stella selamba. Baginya, nama itu sudah tidak asing lagi.
“ Dia..”
Belum sempat Vilra hendak bertanya soalan yang seterusnya, Stella telah terlebih dahulu bersuara.
“ she said she need to do that. Iya, Bibi pun masih belum tahu lagi yang dia dah pergi.”
“Belum! Dialah yang sepatutnya…” terbeliak mata Vilra apabila mengetahuinya. Bibilah yang sepatutnya orang yang pertama antara mereka bertiga mengetahui kepergian Merelynn tapi…
“Macam kau juga, kami tidak dapat contact dia.”
“Oh…” itu sahaja yang Vilra dapat beri. “Kalo gitu, saya pergi duu,k.”
Vilra memang merancang ke rumah Bibi selepas itu maka kereta Vilra terus menuju ke kawasan kediaman Bibi. Vilra berharap dia dapat bertemu dengan Bibi di situ dan memberitahunya.
Apabila tiba di tempat tinggal Bibi, keadaanya telah berubah. Dahulunya mempunyai bumbung untuk tempat meletak kereta tetapi kini tempat itu telah menjadi lebih terbuka malahan mempunyai sebuah taman kecil lagi.
“Hello, ada sesiapa di dalam?” apabila rumah itu kelihatan sunyi sepi, Vilra terpaksa menjerit kecil.
“ Tiada orang di rumah itu sekarang. Malam baru mereka pulang. Cari siapa? Nanti saya tolong sampaikan pesanan cik.”
Vilra terkejut kecil kerana ditegur oleh pemuda itu dari arah belakang.
“Saya… saya nak cari Bibi.”
“Bibi? Tiada orang nama ni tinggal sana. Salah rumah mungkin kau ni kot.”
“Tiada? Mungkin dah pindah.” Vilra membuat kesimpulan sendiri.
“Dulu memang ada tapi dah pindah. Tiga tahun yang lepas,kalau saya tak silap la.” Pemuda itu kelihatan serba tahu.
“Tahu dia pindah ke mana tak?”
“Entah.”
“Okey, thanks;”
Vilra hampa. Manalah nak cari Bibi sedangkan ada orang yang hilang, seumur hidup pun tak dapat cari.
Kereta Vilra semakin hampir destinasi yang ditujunya. Suasananya agak sunyi dan aman ketika Vilra tiba kerana sekarang adalah musim sekolah. Vilra tahu Merelynn suka berada di pantai. Di sinilah, Merelynn selalu mendapat illham untuk ceritanya.
Setelah melabuhkan punggung di sebuah pondok, Vilra mengeluarkan surat itu secara perlahan-lahan. Sampul surat itu dikoyakkan di bahagian tepi dan lipatan kertas itu dikeluarkan dari sampul.
Surat berbunyi…
Kepada sahabat yang dikasihi,Vilra,
Apabila Vilra mendapat surat ini, rasanya saya telah pergi dengan gembiranya dan amannya. Maafkan saya kerana tidak memaklumkan Vilra tentang penyakit yang saya hadapi ini. Saya tak nak sesiapa bimbangkan saya dan susahkan sesiapa. Apabila family saya dapat tahu pun, mereka pun dah cukup risau. Saya takut nanti menganggu pelajaran Vilra. Bagaimana dengan kehidupan Vilra sekarang? Mesti hidup dengan happy,kan…
Saya rasa saya ni memang lucky sebab memiliki sahabat-sahabat yang sanggup ketawa dan menangis bersama. Selama ini, Vilra pun dah banyak menolong saya dalam banyak perkara. Tatkala menghadapi kesusahan, Vilra sentiasa berada di sisi member sokongan dan dorongan. Mungkin hutang hayat lepas,kot…
Apabila saya tahu saya menghadapi barah otak, saya rasa dunia ini seakan-akan gelap dan suram. Rasanya lebih baik bunuh diri saya ni tapi saya masih waras. Gambar kita bertigalah yang member cahaya supaya saya meneruskan hidup saya yang akan dating walaupun tahu betapa hampirnya malaikatulmaut dengan saya. Memori kita bertiga adalah kenangan manis bagi saya.
Saya actually telah menulis sebuah cerita mengenai saya dan Bancang tetapi cerita itu tidak mempunyai penamat. Saya sendiri pun kurang pasti bagaimana penamat yang sepatutnya. Watak perempuan meninggal ataupun mereka hidup bahagia selepas itu. Seperkara lagi, Vilra pernah nampak pelan rumah saya,kan... dah siap! Dah sesuai dibinakan dah… lucu tau bila fikir rumah itu bakal dihiasi dengan pelbagai warna dan akan didiami oleh siapa…
Dah banyak juga saya berceletoh ni. Sebelum mengakhiri surat nie, saya harap Vilra akan sentiasa hidup dengan gembira and take care.
Love me,
Sakura
Sakura
Menitis air mata Vilra apabila selesai sahaja membaca surat peninggalan sahabat karibnya, Merelynn, sahabatnya yang happy-go-lucky kini telah pergi. Vilra merasakan angin yang meniup sepoi-sepoi ni seolah-olah memberitahunya sahabat karibnya masih hidup dan sedang menulis ceritanya di pantai ini.
~To be continue~
No comments:
Post a Comment