Friday, June 26, 2009

buku itu... tercatat segalanya... (Part 3)

Cuaca benar-benar panas. Habis berpeluh Vilra apabila dipancar matahari yang terik. Terasa nyaman apabila langkah semakin menghampir pintu pusat membeli-belah yang berhawa dingin itu.

Tangan Vilra memegang sekeping kertas yang mempunyai senarai barang-barang yang harus dibeli sebelum duitnya habis dibelanjakan ke atas barang yang lain. Vilra pantas melangkah menuju ke kedai-kedai yang mempunyai barang yang disenaraikan.

Vilra menghentikan langkahnya apabila sepasang kekasih melintasinya. Vilra segera saya menoleh ke belakang. Rasanya itu Bancang. Sebenarnya, Vilra tak kenal sangat dengan rupa Bancang. Namun begitu, Vilra mengejar ke atas untuk mendapatkan kepastian.

“Bancang!” Vilra terpaksa menjerit kecil apabila mendapati kalibat Bancang semakin menjauh.
Bancang menoleh dan berasa hairan dipanggil oleh seorang gadis yang tidak dikenalinya. Gadis yang berada di sebelah Bancang mempamirkan muka yang mencuka. Agaknya marah dan cemburu apabila teman lelakinya dipanggil oleh gadis lain.

“Nama kau Bancang,kan?” Vilra terpaksa memastikannya walaupun telah pasti dialah orang yang selama ini diminati oleh sahabat karibnya.

“Iya. Tapi saya rasa saya tak kenal kau…” Bancang memandang Vilra dengan perasaan hairan.

“Saya Vilra, kawan Merelynn.”

Apabila sebut nama Merelynn, air muka Bancang segera berubah. Gadis di sebelahnya semakin menarik muka masam apabila melihat perubahan air muka Bancang. Mungkin dia tahu serba sedikit tentang Merelynn.

“Dia…” Bancang tak dapat meneruskan katanya. Nama itu baginya telah lama lenyap dari diari kehidupannya dan kini muncul tanpa disedari.

“Apa nombor telefon kau? Ini nombor telefon saya, saya nak kau call saya bila kau ada masa. Ada hal penting saya nak kasi tahu kau. Saya pun tak nak menganggu kamu berdua.” Vilra memandang ke arah gadis sebelah Bancang.

“0128704100. Pasal Merelynn ke?”

Vilra terus mencatatkan nombor telefon Bancang. Vilra tahu pertanyaan Bancang itu tak perlu dijawab kerana masing-masing tahu. Maka, Vilra hanya memberi satu senyuman kecil sebelum berlalu.

Bancang menelefon Vilra pun apabila sebulan dah berlalu sehingga Vilra sendiri hampir lupa akan hal itu.
“Vilra bercakap.”

“Vil, Bancang ini.”

“Erm, bulih kita jumpa sejam kemudian di Centre Point? Saya nak bawa kau ke suatu tempat.” Tanpa berlengah Vilra terus ke tajuk utama.

“Boleh. Tempat yang kau nak bawa saya tu dimana?” Kedengaran sedikit berat nada Bancang.

“Ada sesuatu nak bagi kau. Okey jumpa nanti.” Selepas meletakkan gagang telefon, Vilra terus menyiapkan diri.

Seperti yang dijanjikan, Vilra meletakkan keretanya di depan-depan tempat yang dijanjikan. Bancang ketika itu hanya berpakaian ringkas, T- shirt biru laut dan jeans sahaja tetapi itu pun dah cukup tampan apabila mata memandang.

Dalam perjalanan ke rumah Merelynn, Vilra menceritakan segala-galanya kepada Bancang. Air muka Bancang berubah mengikut jalan cerita Vilra. Kejap terkejut kejap sedih dan kejap gembira.

Kedatangan Vilra dan Bancang telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada keluarga Merelynn. Apabila mereka tiba, mereka disambut baik oleh keluarga Merelynn, siap dihidangkan dengan pelbagai kuiih-muih lagi.

Merelynn meninggalkan sepucuk surat dan sebuah hadiah dibungkus kemas kepada Bancang. Setelah berbual-bual sebentar dengan keluarga Merelynn, mereka pun meminta diri untuk pulang.

“Kau nak kemana? Saya boleh tolong hantarkan.” Vilra menawarkan perkhidmatan percuma.

“Kita ke pantai. Kau tentukan mau tahu apa yang Lynn beri pada saya ni.” Bancang menjawab dengan tenang.

“Tak takut girl jealous ke? Nanti saya tak tanggung tau.” Vilra cuba menceriakan suasana dengan lawaknya tapi keseriusan Bancang membuat keadaan tegang kembali semula.

“Kami dah break.”

Setelah meletakkan kereta ditepi jalan dan berjalan kaki menuju ke pondok yang berdekatan dan melabuhkan punggung masing-masing, Bancang terlebih dahulu membuka hadiah. Rupanya sebuah buku yang telah dibuat sendiri oleh penulisya. Juga dihiasi lukisan tangan penulis dan bunga-bunga kering yang berbau harum. Vilra hanya memerhatikan segala perlakuan Bancang itu dengan diam. Hatinya terasa hiba seketika memikirkan perkara yang berkaitan dengan Merelynn. Seterusnya, surat itu dibaca oleh Bancang.

Surat berbunyi,

Kepada dirimu yang kukasihi, Bancang,

Ketika Bancang membaca surat ini, saya telah pergi. Pergi dengan tidak membawa kekesalan dilahirkan ke bumi ini. Walaupun sini hanya tempat persinggahan sebentar sebelum menuju ke alam yang satu lagi.

Maaf,selama ini bersifat pengecut dengan Bancang dan juga diriku sendiri. Entah menapa, saya memang lemah dalam menangani hal yang berkaitan dengan percintaan. Saya tak tahu Bancang tahu tak yang sebenarnya sukakan Bancang selama ini. Mungkin ya atau tidak. Saya sering bertanya kepada diri saya sendiri tetapi jawapan sepatutnya datang daripada Bancang sendiri. Soalan itu sebenarnya dah tak penting lagi, yang penting saya mempunyai kenangan manismu dalam hidupku yang singkat ini.

Dah buka hadiah yang saya berikan itu tak? Hadiah itu sebenarnya sebuah buku yang dalamnya mempunyai sebuah cerita yang belum siap dikarang dan di dalamnya juga mempunyai beberapa puisi dan sajak yang telah saya karangkan ketika hayat saya masih ada. Saya ada sesuatu permintaan kecil nak minta tolong dengan Bancang. Tak kira cerita itu mempunyai penamat atau tidak, saya berharap Bancang akan menjaga buku itu dengan sebaik yang boleh dan menghargainya juga.

Iya, selama ini bagaimana dengan kehidupan Bancang? Baik ke? Buruk ke? Yang penting hargailah masa yang masih ada. Masa itu emas. Dan saya telah faham maksudnya. Benar-benar memahaminya!

Sebelum saya mengakhiri kata saya, pinta saya tanamkanlah nama saya di satu sudut hatimu. Paling bagus di sudut yang paling dalam. Bancang boleh tuliskan saat kegembiraan atau saat kesedihan Bancang dalam buku itu dan saya akan pasti dpat membacanya. Saya doakan Bancang senantiasa hidup dengan gembira. Sememangnya kegembiraan itu tidak datang dengan senangnya walaupun kesedihan selalu sahaja mendahului kegembiraan. May God blees you and take care!

Love me,
Sakura
Air muka Bancang berubah dari tenang ke sedih. Vilra tak sangka dapat melihat sedemikian rapat dengan lelaki yang disukai oleh sahabatnya.

Buku itu dibuka dan dibelek-belek oleh Bancang. Entah apa yang dicari oleh Bancang dalam buku itu. Pergerakan tangan Bancang berhenti pada muka surat yang separuh siap ditulis.

Mungkin itu cerita yang diberitahu dalam surat Vilra, cerita yang belum ada penamatnya. Tulisan yang ditulis tersusun kemas seperti ditaip dengan menggunakan computer. Tak dinafikan, penulis mengggunakan pen yang terdapat disisi buku itu untuk menulis dan sememangnya penulis mempunyai tulisan tangan yang cantik.

Vilra tahu kalau penulis kejar masa, tak siapa yang dapat baca apa yang ditulis oleh penulis. Malahan penulis sendiri kadang-kala pun tidak tahu apa yang ditulis oleh dirinya sendiri.

“Bancang…” Vilra kelihatan ragu-ragu untuk memulakan bicara apabila melihat air muka Bancang. “Tak silap, story inilah yang belum ada ending,kan… So, kalau tak keberatan Bancang boleh tolong buatkan endingnya dan kalau okey boleh terbitkan lagi.. hehe” Vilra memberi cadangan.

Dari Merelynn, Vilra tahu yang Bancang sebenarnya berbakat juga dalam bidang penulisan. Atas sebab itulah, Vilra baru cadangkan Bancang siapkan cerita itu.

“Actually, saya dah lama tak menulis cerita. Last story pun empat tahun yang lalu but I guess I can try it.” Bancang sedaya upaya cuba mengukir senyuman di wajahnya tapi tidak berjaya. “ Vil, Lynn pernah ada boyfriends tak?”

“I think you can get the answer for the book.” Vilra pun kurang pasti. Kadang-kala bagi Vilra, Merelynn terlalu berahsia tetapi setahunya tiadalah.

~To be continue~

No comments:

Post a Comment